conceptnova

Helping you to bring your concepts and ideas to life.

Parti campuran...

Tajuk ni agak menarik perhatian aku secara peribadi. Walaupun aku cuba sedaya upaya untuk mengelak dari bercakap hal politik…Mana tak nye.. tanya la sapa2 pun kat negara kita ni, sape yg tak nak perkara sebegini berlaku~? Dengan bersatunye UMNO dan PAS, secara tidak langsung akan memastikan kestabilan politik melayu yg lebih kukuh. Bukan la niat ni nak bercakap soal perkauman, tapi kita selaku tuan tanah mesti sentiasa memastikan bahawa kepentingan kita tidak lagi diperkotak-katikkan oleh bangsa lain. Tapi sebelum perkara ni berlaku sekalipun, jom kita tengok apakah kebaikan dan keburukannya..

Macam biasa, ada eloknya kita mulakan dgn kebaikan dulu. Ini adalah perkara yg boleh dikira asas jugak la, iaitu kedudukan orang melayu akan lebih terjamin dgn bersatunye dua parti politik melayu terbesar dalam negara kita. Sudah pasti UMNO ada kekuatan tersendiri, sama seperti PAS yg memiliki kekuatan mereka yg tersendiri. Dan apabila kedua2 kekuatan ini digabungkan, akan menjadi sebuah parti campuran yang lebih kuat dan kukuh. Dan kita selaku bangsa tuan tanah tak perlu lagi risaukan tentang kedudukan kita lagi. Tapi sejauh mana kebenarannya? Aku sendiri pun tak berani nak bagi sebarang jaminan. Sebabnya perkara ni hanya pada asasnya sahaja… satu ketika dulu, aku pernah berbual2 dgn seorang pengikut PAS. Dalam perbualan itu, dia ada menyatakan bahawa PAS hanya meletakkan satu saja syarat sekiranya UMNO mahu PAS menyertai mereka, iaitu untuk meletakkan hukum hudud dan mahkamah syariah di atas mahkamah tinggi. Maknanya utk menjadikannya sebagai paling atas. Tetapi syarat ini tidak dapat dipenuhi oleh UMNO atas alasan negara kita terdiri dari pelbagai kaum dan penganut agama. Secara peribadi aku berpendapat, bukannya kita nak laksanakan hukum hudud kepada semua lapisan agama. Dah nama pun hukum Islam, jadi kita laksanakan pada umat Islam je la kan? Tapi masih ada yg membidas pendapat aku ni…dan tetap dgn alasan yg sama. Aku pelik gak, dalam dok kata negara kita ni berbilang bangsa dan agama, masih lagi ada hajat nak labelkan Malaysia ni sebuah negara Islam Hadhari. Apakah sebenarnya definisi Islam Hadhari ni? Aku mmg tak sempat nak study secara mendalam… Kalau tak silap, kononnya Islam yg selaras dgn perkembangan dunia moden, atau Islam utk generasi berpengetahuan (aku pun tak pasti).. tapi masih juga tak mahu laksanakan hukum Islam? Aku pun tak tahu nak menyebelahi pihak yg mana satu. Jadi, elok je aku dok kat tengah2… dan meneruskan kewajipan sebagai seorang umat Islam seperti biasa.

Soal keburukan pulak, sekiranya UMNO dan PAS bersatu… sekalipun kita menganggap bahawa pembentukan tersebut akan membawa kepada sebuah parti melayu yang lebih kuat, tidak ada seorang pun dprd kita yg berani memberi jaminan bahawa ianya tidak boleh dan tidak akan tumbang. Persoalannya, sekiranya ditakdirkan tumbang… apakah lagi yg ada, dan boleh diharapkan? Sekali lagi aku nak nyatakan bahawa aku ni tidak menyebelahi mana2 parti politik, tapi kalau aku dipaksa sekalipun untuk membuat pilihan…pastinya pilihan pertama UMNO (sebab dia la parti yg membentuk kerajaan), diikuti oleh PAS (sebab dia membela umat Islam/melayu). Jelas kat sini bahawa aku hanya ada 2 pilihan sahaja. Maksudnya tak kira apa saja parti politik yg wujud kat negara kita ni, pilihan aku tetap pada 2 tu sahaja…tiada pilihan ketiga~!! Soal membuat pilihan ni adalah berpandukan kepada siapa yg boleh kita harapkan. Tun Dr.M sendiri tidak begitu bersetuju dengan penggabungan ini. Dan aku percaya beliau ada sebab2 tersendiri atas pendapat yg diberikan. Mungkin juga UMNO yg kita lihat semakin pincang sekarang ni akan tumbang juga satu hari nanti (mungkin jugak masa PRU13 nanti)… hanya PAS saja yg kita boleh harapkan utk membela bangsa kita. Aku tak perlu nak sebut satu lagi parti politik yang kononnya mewakili bangsa kita… sebab sejak pembentukannya lagi aku masih tak dpt nampak sebarang tanda2 bahawa parti yg satu ni benar2 mempunyai agenda perjuangan politik yg jelas… yg aku nampak, lebih kepada perjuangan untuk menyatakan kepada rakyat Malaysia bahawa sesuatu perkara yg didakwa itu adalah tidak benar sama sekali…itu saja~!!

Jadi, aku pun takde kesimpulan yg jitu samada bersetuju atau tidak UMNO dan PAS perlu bergabung. Yang kita tau, PAS telah pun menjadi sebuah parti pembangkang ‘underdog’ sejak berkurun lamanya… DAP tu aku tak risau sgt, walaupun sejak kebelakangan ni pengaruh mereka menunjukkan peningkatan. Cuma yg aku pasti, pihak2 yg tidak bertanggungjawap semakin berani mencabar kewibawaan kerajaan, malah merentasi batasan dengan mencabar raja-raja Melayu… buat masa ni, mmg kita masih mampu berdiam diri. Tapi sekiranya keadaan ini berterusan, tak mustahil langsung akan berulang kembali sejarah hitam yg pernah menghantui negara kita satu masa dahulu. Kepada pembaca bukan Melayu, jangan la ambil hati dengan artikel aku ni. Aku tak bermaksud utk bercakap soal perkauman. Anggaplah ini cuma artikel yg aku karang secara khusus utk berbicara soal kepentingan orang2 Melayu… That’s all~!!

0 comments: