conceptnova

Helping you to bring your concepts and ideas to life.

Wajah pengebom sesudah ditembak~!

Wallahu'alam..gambar di atas menunjukkan wajah pengebom bali yg telah dijatuhkan hukuman mati secara ditembak baru2 ni. Aku tak pasti samada wajar atau tidak utk aku dedahkan gambar sebegini, tapi gambar ni pun aku cilok dr blog orang lain. Anggap tak salah je la yerk~!

Walau apa sekalipun, ada seperkara yg agak menarik perhatian. Kalau kita lihat pada wajah-wajah mereka (Amrozi).. mmg jelas keadaan riak muka jenazah seakan sedang tersenyum. Kita yg menganut agama Islam pastinya sedia maklum bahawa sekiranya wajah seseorang yg sudah meninggal dunia kelihatan tersenyum, jenazah tersebut dikatakan 'suci' dan terjamin tempatnya di dalam syurga..

Seumur hidup aku pun, baru sekali je pernah saksikan dgn mata kepala sendiri mayat jenazah kawan mak aku yg jelas tersenyum.. ditambah perisa pulak meninggal betul2 lepas tunaikan solat Jumaat.

Namun, timbul jugak pertikaian..mereka (pengikut Amrozi) mendakwa sekiranya pemimpin mereka dijatuhi hukuman mati, maka pemimpin mereka akan mati syahid~! Tapi kan.. camana aku nak cakap ye~? Setakat yang aku tau (mungkin jugak aku tak tau).. yg dibom tu ialah orang awam, walaupun berbangsa kapir.. agama kita tidak mendidik kita utk membunuh sewenang2nya melainkan kita mmg berada dlm kancah peperangan menentang musuh bkn Islam, secara terang2an atau sebaliknya.. dgn erti kata lain, mangsa-mangsa pengeboman tu tidak mendatangkan bahaya yg boleh mengancam nyawa. Jadi apakah sebenarnya definisi mati syahid~?

Apa2pun, aku tak berani nak ulas lebih lanjut. Sbb aku bukan org yg layak utk bercakap soal agama secara lebih mendalam. Apa lah kelayakan kita utk menentukan syahidnya kematian seseorang~? Hanya Allah swt yg berhak untuk menetapkan hala tuju kita sesudah kematian.. samada ke syurga, mahupun ke neraka... Wallahu'alam~!

0 comments: