conceptnova

Helping you to bring your concepts and ideas to life.

Perdana Menteri......

Agak2 lebih kurang sebulan lepas, aku ada cakap kt ayah aku tentang satu perkara berkaitan dgn Perdana Menteri (PM).. entah mana silapnye, atau mungkin terlepas pandang.. tidak pernah wujud di dalam perlembagaan negara kita bahawasanya PM Malaysia mestilah seorang yg berbangsa Melayu~! Nak dikononkan bahawa pada zaman pembentukan kerajaan pusat dlm era kemerdekaan, para pemimpin telah memberi jaminan tersebut (seorang PM tak semestinya bangsa Bumiputera) untuk menyedapkan hati bangsa bukan Melayu.. tak pasti sejauh mana kebenaran fakta tu.. aku sendiri dpt sumber dari internet..

Hari ni aku ada tengok akhbar 'Sinar' kat muka depan dia tunjuk artikel dari Tun Dr.M tentang isu tu. Nampaknya Tun sendiri mengakui fakta tu..jadi, apakah moral di sebalik tajuk ini~? Maksudnye, orang cina atau india pun boleh menjadi seorang PM~!! Satu2nya syarat umum menjadi PM ialah, orang tu mestilah warganegara Malaysia...

Mungkin secara ilmiah kita berfikir bahawa asalnye sebelum diberi nama Malaysia, nama sebelumnya ialah 'Tanah Melayu' membuatkan kita secara otomatik beranggapan bahawa pemimpin negara mesti berbangsa melayu. Tetapi hakikatnya pemimpin terdahulu (ataupun Tunku Abdul Rahman) terlupa utk membuat ketetapan ke atas perkara ini. Dan pada masa ini, belumpun jawatan tersebut disandang oleh bukan melayu.. pelbagai tuntutan telah berani dibuat oleh bangsa bukan melayu secara terang-terangan. Antara yg popular ialah untuk melupuskan hak keistimewaan orang melayu. Pada dasarnya perkara sebegini memang tidak masuk akal. Tetapi persoalan yg timbul ialah, kenapa mereka semakin berani~? Bkn nak kata zaman PakLah je tuntutan sebegini wujud, malah zaman Tun pun dah ada.. iaitu 83 tuntutan suqiu di bwh 17 tajuk pada tahun 1999, walaupun pada akhirnya mereka menarik balik tuntutan tersebut~! Dan yg terbaru ialah tuntutan dari MCA sendiri yg menggesa supaya pemilikan 30% Bumiputera di dalam syarikat senaraian awam dilupuskan. Tun Dr.M sendiri telah menjawap kepada tuntutan itu dengan menyatakan sekiranya mereka mahu kepentingan Melayu dilupuskan, maka kepentingan Bukan-Melayu juga seharusnya dilupuskan (iaitu kewarganegaraan)..hehe, tapi aku tak sempat follow-up apa kesudahan kepada isu nih~! :p

Walau begitu, kita tak perlu la risau sangat. Selagi kerajaan pusat dipegang oleh orang melayu, terlalu mustahil utk jawatan PM tu terlepas kpd bangsa bukan Melayu..Cuma kita jangan terlalu selesa dengan keadaan ini. Walaupun belum ada PM bkn Melayu tidak bermaksud takkan ada~! Bak kata omputeh, 'there is always first time for everything..' contoh terbaik ialah Obama yg dilantik sebagai Presiden Amerika pertama berkulit hitam. Contoh yg tak berapa berkait pulak, Lewis Hamilton menjadi juara dunia F1 pertama berkulit hitam :p

Harapan kita.. harapan semua.. semoga Melayu kita akan terus maju dari semua segi. Bangsa cina telah memonopoli sektor ekonomi sejak berkurun.. dengan berdasarkan kpd keadaan semasa, terlalu sukar utk bangsa kita menandingi mereka. Tapi kalau sektor 'rempit' takyah cakap la.. bukan dominan lagi dah ni.. dah taraf 'the only player in the market'...hehehe, tak mau la ckp pasal nih.. wat sempit otak jerk~! Lebih baik aku ingatkan korang semua, di samping mengingatkan diri sendiri supaya tidak lupa pada tajuk artikel ni.. sementara boleh dijaga, sama2lah kita jaga ok~!

0 comments: