conceptnova

Helping you to bring your concepts and ideas to life.

Otak kita.........

Setiap perbuatan dan percakapan kita, tentu datang dari otak.. Kita bercakap benda2 yg kita tau, dan kita juga buat benda2 yg kita tau.. Aku ni bukan jenis suka bercakap kalau benda tu aku tak tau, dan aku tak malu utk bertanya pada orang2 yg tau tentang sesuatu perkara tu. Tapi lazimnya ramai manusia yg suka bercakap macam dia tau, walhal dari percakapan dia pun kita dapat tangkap bahawa dia ni sememangnya tak tau~!

Contohnya bila seseorang ni kerjanya sebagai guru matapelajaran statistik. Dengan takde pengetahuan dalam bidang pembinaan (construction), dan tak pernah pulak buat kerja2 kontraktor.. boleh pulak nak bercakap macam dia tau apa itu construction. Aku sendiri pernah jadik sub-con kat Parcel E Putrajaya selama setahun dulu pun tak berani nak ckp lebih2 pasal construction. Siapa la cikgu statistik ni nak bercakap mcm orang pandai. Kalau ikutkan, mmg nak cantas je..tapi teringat pesan Tun Dr.M.. kita layan orang bodoh, kita pun jadi bodoh.. Jadi, aku sepatutnye biarkan je dia dengan bodoh sombong dia tuh.. dengan sedikit rasa simpati la, atas nasib dia. Kategori utk org sebegini dinamakan sebagai 'dia tak tau yg dia tak tau..'

Dan secara asasnya terdapat dua jenis kepandaian.. pandai dlm akademik, dan pandai dlm kehidupan. Orang yg pandai dlm akademik (belajar sampai Master atau Phd) biasanya bengong dalam hal kehidupan. Orang jenis ni juga tidak akan mengalami perkembangan di dalam hidup (majoriti la, bkn semua).. sebab otak mereka bukan jenis yg cukup kreatif untuk mencari peluang2 lain..selain hanya makan gaji. Dan orang yg pandai dalam hal kehidupan kebiasaannya jenis yg akan lebih jauh berkembang. Orang jenis ini akan sentiasa menggunakan kreativiti utk mencari peluang2 baru, dan tidak pernah puas dgn cabaran yg sedang dipikul... Orang jenis ini juga dikatakan memiliki rasa hormat pada orang lain, melebihi mereka dari golongan pandai akademik. Sbb orang2 pandai akademik ni mmg kebanyakkan jenis lurus bendul la.. hahahaha...

Jadi, moralnye.. buat kita semua. Pengetahuan yg berguna mmg perlu kita kongsi dengan kawan2.. tapi kalau rasa pengetahuan kita ni cetek (atau tkde pengetahuan lgsg)..adalah lebih baik kita berdiam saja. Tak perlu kita nak tunjuk pandai, sbb kita tak rugi apa2 pun.. sebaliknya, semakin kita nak tunjuk pandai ttg sesuatu yg kita tak tau, semakin menyerlah la kebodohan kita.. chin chaw~!!

0 comments: