conceptnova

Helping you to bring your concepts and ideas to life.

Politik oh politik..

Pada awal usia 20-an, aku agak berminat utk berkecimpung di dalam arena politik. Waktu tu masih zaman kegemilangan Tun Dr. M.. kene pulak usia aku time tu, satu2nya tempat yg sesuai utk aku join ialah Pemuda UMNO yg dipimpin cemerlang oleh Datuk Seri Hishamudin..

Nak dijadikan cerita.. aku pun cari la kat mana pusat terdekat utk mendaftar jadik ahli. Akhirnya jumpe gak markas yg tak begitu jauh dr tempat tinggal aku. Masa tu konon2 tak sabar2 le nk isi borang tuh, kemudian pegi ke pejabat XXX utk submit borang tuh.. Dalam masa nak submit borang tu, mmg aku ditanya mcm2.. kelayakan aku la, minat aku la.. takpe la kan, orang tanya aku jwp je mana yg mampu.. pastu 'dia' boleh ckp plak, alamat tempat tinggal aku ni tempat baru.. blm ada mana2 cawangan lagi yg cover tmpt tinggal aku tuh...pelik siot~! takkan la tak bole campak ke mana2 cawangan berhampiran~? jadik, 'dia' kata permohonan aku terpaksa la ditangguh buat sementara waktu..'dia' ckp kalau aku nak jugak, maka 'dia' akan declare bukak cawangan baru dan aku akan jadik satu2nya ahli cawangan tu..(mcm bodoh je bunyik kan~?) ...jadi, kesudahannye mmg aku tak jadik gak ahli pemuda UMNO..sbln kemudian, aku cuba call brader tuh lagik.. dan jwpn sama gak aku dgr, cawangan tmpt aku tinggal blm ada.. selang sbln aku call lagik.. jawapan sama gak brader tu bagi.. aku pon fed-up~!

Dan yg ini pulak kisah yg terjadik beberapa tahun lepas. Pemimpin no.1 negara pon dah bertukar tangan..aku ada la buat satu kertas kerja nih, submit kat Kementerian XXXXXX.. tak sangka plak bole dpt respond.. diorg soh aku datang ke pejabat diorg. aku siap amek cuti hari tu sbb appointment ngan pegawai XXX.. borak punye borak.. selang 2 minggu, aku dpt surat dari diorg.. katanye permohonan aku tidak berjaya.. uish, takkan la kot~! kalau diorg tak berminat, dah tentu awal2 lagi diorg takkan call utk appointment... borak2 ngan member, ramai la yg kata.. mungkin dlm kertas kerja aku tu takde peruntukan utk 'kutu2' gomen.. ermm, bila dipikirkan tu.. mmg ada logik gak la.. hehe, sori la beb~! mati idup balik pun aku takkan jadikan amalan utk sumbat perut2 manusia spesis camnih~!!

Daripada dua kisah yg aku lalui tuh, membawa kpd aku tak pegi buang undi masa pilihanraya tahun 2008.. pagi tu aku siap bergaduh ngan orang tua aku.. diorg nak paksa gak aku pegi.. aku tak ndak~! sbb aku takmo undi BN, tapi mustahil aku akan undi pembangkang.. so, takde point aku pegi pon.. akhirnye tempat yg sepatutnye aku pegi undi tu menang kt calon PAS... hahaha, bkn la aku sokong PAS.. tp hati aku puas sbb orang gomen tak menang kat situ~! ditambah perisa, 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang..

Gempar pulak cerita sampai keluar berita pasal mesyuarat kecoh dgn adegan baling kerusi baru2 nih.. aku pon carik la video dia kt dlm youtube.. aku ingatkan kat bahagian tu je yg pernah kecoh, rupanye melambak2 lagi bahagian dari negeri lain alami mende yg sama.. adoi laa.. ni ape kes nih~? Sama2 bangsa pon nak bertelagah, camana diorg tunjuk teladan kt rakyat~? Bila diperati betul2 kt dlm youtube, perangai pemimpin2 ni sume mengalahkan budak2 sekolah rendah..yg dok gado pasal basikal ke, aiskrim ke... uish, mcm tanak caya.. tp tu yg mata aku tengok.. nk wat caner~? ni la contoh terbaik apabila manusia terlalu memperhambakan diri kepada jawatan.. smpai lupe pd tanggungjawap..

Dan buat masa ini.. aku sendiri pon tak brape pasti.. perlu ke aku terus sokong kerajaan, atau beralih arah kpd pembangkang~? setakat ni takde apa2 petanda yg menunjukkan kedua2 belah pihak membawa keuntungan kpd aku secara peribadi.. aku bkn kisah pun sape yg jadik kerajaan sape jadik pembangkang.. sbb aku carik makan sendiri, bkn diorg yg bagi aku duit~!! Jadi, kesimpulannye aku nak ikut cara abg ipar aku.. pembangkang bukan, kerajaan pun bukan.. mendengar cerita dari sumber2 yg boleh dipercayai sahaja, dan disokong oleh fakta~! aku tak kata pembangkang tu tak bagus.. ada bahagian2 tertentu yg menampakkan diorg tu pun berwibawa jugak.. ikut akal usia 30-an ni, dah tentu aku boleh menilai yg mana intan mana permata.. aku bkn jenis nak terus percaya ckp orang tentang sesuatu perkara tertentu.. hati takkan puas selagi aku sendiri tak carik sumber yg boleh dipercayai........ dan aku akan terus berada di pihak berkecuali, sampai satu tempoh yg aku sendiri pon tak pasti~!! Bulan Mac 2009, akan menjadi titik tolak kpd pembaharuan politik dari pihak kerajaan pusat.. belum ada apa2 petanda yg dpt dilihat buat masa ni.. cuma yg kita harapkan, walau apa sekalipun keadaannye.. biarlah ia membawa kebaikan kepada rakyat dan jugak negara tercinta kita~!!

0 comments: